RosmahItulah hangpa Mat Rempit, asyik merempit sahaja menyusahkan orang sampai Datin Rosmah pun tak boleh tidur.

“Saya dan Datuk Najib tak boleh tidur sebab dengar bunyi motorsikal pukul 2 pagi.

“Rumah saya di Kuala Lumpur (Jalan Duta) bila tengah malam dengar motosikal bukan main laju dan kuat..lama pulak tu, mestilah ramai dia orang racing di tengah jalan,” kata Datin Seri Rosmah dipetik Free Malaysia Today.

Masyarakat tidak boleh menyerah kalah terhadap masalah gejala sosial di kalangan anak muda, ”Mereka mampu bertukar menjadi insan yang baik,” kata Rosmah di majlis perasmian penutup program Kem Perkasa Siri 3/2013 hingga siri 8/2014.

“Potensi positif yang ada pada golongan belia jika dipupuk dengan baik akan dapat berkembang secara sihat dan dengan sendirinya menjadi benteng penghalang kepada pengaruh-pengaruh negatif,” katanya lagi.

1 KOMEN

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here