SHARE

Protes dengan melekatkan tangan pada lantai pejabat Chevron Malaysia Limited (Caltex).

Pengusaha, Fadzilah Abdul Hamid menggunakan “super glue” pada jam 3.30 petang semalam sebagai bantahan terhadap Caltex yang didakwanya mungkir janji, lapor Sinar Harian.

Puncanya operasi dua stesen miliknya di Kelana Jaya dan Kampung Subang, bernilai RM700,000, ditamatkan tanpa alasan.

Beliau mendakwa pentadbiran syarikat enggan bertemu bagi menyelesaikan isu itu, sebaliknya meletakkan beberapa syarat tertentu.

Setelah 175 hari sejak tarikh tuntutan penamatan dibuat, tiada sebarang maklum balas diterima.

Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu mendakwa kehadiran Fadzilah, jam 11 pagi tidak diendah lebih empat jam.

Kesudahan dengan tangan yang digam tak dinyatakan.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here