SHARE

Susulan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah 31 Disember lalu yang menyifatkan Mahfuz Omar bukan lagi “pondan Siam” kerana keluar PAS, membuatkan masyarakat Siam berkecil hati dan menganggap penghinaan kepada masyarakat itu di Kelantan.

Mereka mahu Timbalan Menteri Besar Kelantan itu memohon maaf kerana mengaitkan ‘pondan’ dengan keturunan Siam.

Wakil masyarakat Siam yang hanya mahu dikenali sebagai Beng Khieu juga menyarankan supaya masyarakat Siam menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.

“Ayuh, kaum Siamku sekalian. Buktikan kejantanan kaum Siam Kelantan sejati dengan menutup penghinaan ini ke atas kaum kita.

“Mengapa dia tidak ambil kaum Melayu, Cina, India, Sikh, Portugis atau Iban untuk dijadikan bahan hinaan dia kepada Mahfuz? Mengapa harus kaum Siam?

“Beginikah taraf pemimpin Pas kepada kaum kita? Kita tidak perlu buat laporan polis, kita tidak perlu bakar gambar pondan Pas ini, kita tidak perlu buat huru hara. Kita kaum cerdik. Jadikan PRU 14 ini untuk balas dendam,” katanya dipetik Malaysia Gazette.

Beng Khieu juga berkata, masyarakat Siam di Kelantan tidak terkejut dengan kenyataan itu kerana tahu layanan pemimpin Pas kepada mereka.

“Mereka bergaduh sesama sendiri, maruah kita pula dijadikan bahan penghinaan.

“Jika panggil ‘pondan Thai’ kita tak marah, ini dia panggil ‘pondan Siam’. Hina sangatkah kaum Siam? Kita pereboh (jatuhkan) Pas Kelantan PRU 14 ini,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here