SHARE

Pok Ya Cong Codei kini ditawarkan mengerjakan umrah.

Berkat watak itu, pelakon dan pengarah Sabri Yunus menerusi telefilem Pok Ya Cong Codei, ditawar mengerjakan umrah secara percuma dan akan menginap di Hotel ‘Cong Codei’ atau Hotel Concorde ketika berada di Makkah dan Madinah.

“Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka telefilem Pok Ya Cong Codei diterima begitu hebat seperti ini,” katanya kepada The Malay Mail Online.

Selepas tiga minggu telefilem itu disiarkan, pelawak popular akui yang beliau kini melalui fasa ‘sibuk’ bagi menghadiri banyak jemputan di stesen tv mahupun temubual bersama akhbar tempatan.

“Kali pertama berlaku dalam sejarah hidup saya, watak saya disebut oleh semua peringkat umur.

“Pok Ya bukan sahaja hak saya, tapi ia juga merupakan hak producer dan stesen tv juga. Bagi saya kalau habis kat situ pun takpe dah cukup. Biar orang teringat-teringat je watak Pok Ya,” katanya lagi.

Sabri turut memberitahu bahawa dia telah melalui fasa perbincangan bersama stesen tv untuk sambungan telefilem Pok Ya iaitu Pok Ya Raya.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here