Pintu balai terbuka sendiri jadi viral – Video

Polis masih belum mendapat laporan berhubung kejadian pintu kaca di Balai Polis Banda Hilir, di sini, yang terbuka sendiri sebagaimana dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi rakaman berdurasi selama 73 saat yang mula menjadi viral di media sosial, sejak semalam, dua bahagian pintu kaca di balai polis berkenaan dilaporkan terbuka sendiri, sebelum satu daripadanya pecah.

Difahamkan, berdasarkan rakaman CCTV menunjukkan insiden jam 4.21 pagi, Khamis lalu, dengan tiga anggota polis sedang berada di meja aduan awam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata pihaknya belum menerima laporan kejadian tetapi terkejut bagaimana rakaman CCTV berkenaan boleh menjadi viral di media sosial.

“Saya sahkan yang pintu Balai Polis Banda Hilir pecah namun saya belum menerima laporan mengenainya. Kejadian mungkin disebabkan tekanan angin, namun saya masih menanti laporan daripada balai terbabit,” katanya, ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut bagaimana rakaman CCTV di balai polis berkenaan boleh menjadi viral di media sosial. – BHarian

Komen Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *