Utama Variasi Petikan Ucapan Tan Sri Adenan Satem Yang Diingati

Petikan Ucapan Tan Sri Adenan Satem Yang Diingati

476
0
SHARE

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini meninggal dunia pada tengah hari tadi pada usia 72 tahun.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petra Jaya selepas waktu solat Zuhur esok.

Kerajaan Sarawak mengumumkan tempoh berkabung selama tujuh hari bermula Khamis sebagai menghormati kematian.

Allahyarham dikenang sebagai pemimpin bebas daripada skandal awam dan rasuah.

Berikut antara beberapa petikan petikan ucapan Adenan yang menarik seperti yang dipetik dar laporan Astro Awani.

“Daripada membazir wang membuat iklan hari jadi saya, lebih baik mereka gunakan wang itu dengan membuat kerja kebajikan dan menolong mereka yang susah.”

“Jika berbanding Sarawak dengan Johor dan Pahang misalnya, di sana semuanya mencukupi, ada jalan raya, elektrik, airnya cukup. Jika di Sarawak, masih ada sekolah yang muridnya berjalan dengan berkaki ayam.”

“Mun dalam masa duak taun saya dapat molah 53 keputusan yang menguntungkan rakyat Sarawak, apa gik mun saya diberik lima tahun lagik”

(Kalau dalam masa dua tahun saya dapat buat 53 keputusan yang menguntungkan rakyat Sarawak, apatah lagi kalau saya diberi lima tahun lagi)

“Ini Sarawak punya olang, bisi Melayu, bisi orang Cina, bisi orang Dayak, bisi orang Bidayuh, duduk sama, minum sama, makan sama, carik amoi pun sama.”

(Orang Sarawak ini ada orang Melayu, Cina, Dayak, Bidayuh, duduk sama, minum sama, makan sama, cari gadis pun sama)

“Sarawak tidak boleh menjadi sebuah kerajaan tanpa adanya Melayu, Iban, Cina, Bidayuh atau Orang Ulu.”

“Kita perlu menunaikan janji kita yang lama sebelum membuat janji yang baharu.”

Al-Fatihah…

APA KATA ANDA