Perkara pelik setelah rumah hangus dijilat api

Sebuah rumah musnah hangus terbakar dijilat api tiga hari lalu. Namun ada perkara pelik berlaku.

Melihat kepada keadaan rumah rentung selepas kebakaran, dua naskhah tafsir al-Quran ditemui masih elok. Kejadian berlaku di kampung Paya Berenjut, Kemaman.

Menurut laporan Sinar Harian, kitab Al Quran itu ditemui masih elok walaupun terbakar di bahagian luarnya dan ditemui sewaktu gotong-royong membersihkan rumah Tengku Mahmud Tengku Mat, 67, semalam.

“Dalam banyak-banyak barangan dan buku yang terbakar hangus, kalam Allah ini masih lagi elok,” kata Mohd Fadhil Abdul Hadi yang terlibat dalam kerja amal itu.

“Lepas itu saya jumpa senaskhah lagi tafsir al-Quran dan kitab lama yang juga masih selamat kerana hanya bahagian tepi sahaja dimamah api.”

Mohd Fadhil, penolong penyelia Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (Atra), menjumpai kitab-kitab itu ketika mencari barang berharga di sebalik timbunan sisa kebakaran.

Komen Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *