Penginapan Najib di Trump Hotel Timbul Tanda Tanya – Akhbar AS

Akhbar berpengaruh Amerika Syarikat, The Washington Post, berkata tindakan Datuk Seri Najib Razak dan rombongannya untuk menginap di sebuah hotel milik Presiden Donald Trump di ibu negara itu menimbulkan tanda tanya mengenai konflik kepentingan di White House.

“Pada Isnin waktu makan tengah hari, beberapa anggota rombongan Najib kelihatan di ruang istirehat untuk tetamu hotel,” menurut laporan itu merujuk Trump International Hotel, beberapa jam selepas Najib mengadakan pertemuan dengan Trump.

“Petang itu, mereka keluar masuk hotel itu, kadang kala dengan beg beli-belah,” lapor akhbar itu.

Ia di sebalik spekulasi penginapan Najib bukan dibayar oleh kerajaan AS seperti mana yang dilakukan untuk rombongan ketua kerajaan dari luar negara yang datang bertemu presiden.

Semalam, Najib mengadakan pertemuan dengan Trump, yang antara lain menyaksikan Malaysia bersetuju membeli puluhan pesawat Boeing pada harga lebih AS$10 bilion.

Najib ditemani Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Duta Besar Malaysia Tan Sri Zulhasnan Rafique, Ketua Setiausaha Tan Sri Ali Hamsa dan ketua pengarah Majlis Keselamatan Negara Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

The Washington Post berkata ia hampir pasti dapat mengesahkan Najib menginap di hotel dengan 263 bilik itu, iaitu antara yang termahal di Washington.

Tinjauan akhbar itu mendapati pelbagai aktiviti melibatkan rombongan Najib di beberapa ruang mesyuarat di hotel tersebut termasuk untuk sarapan pagi di bilik mesyuarat Lincoln Library.

“Majlis sebegini mendatangkan pendapatan beratus ribu dolar kepada Trump Organization, berdasarkan jumlah perbelanjaan dibuat oleh rombongan lain yang pernah menginap di sini,” kata akhbar itu.

Laporan itu di sebalik kritikan terhadap Trump yang enggan mendedahkan kepentingannya dalam hotel berkenaan, yang kini diuruskan anak lelaki beliau.

Pengkritik berkata ia membuka ruang kepada wakil kerajaan luar dan pihak berkepentingan untuk menyumbang kepada presiden, yang boleh mempengaruhi dasar Trump mengenai sesebuah negara.

Semalam, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli turut mengatakan Najib menginap di sebuah hotel milik Trump, sementara segala kos rombongan tidak ditanggung pentadbiran AS.

“Ini mengesahkan bahawa lawatan beliau bukanlah satu lawatan rasmi Ketua Kerajaan dan saya merasakan segala perbelanjaan sebenarnya ditanggung oleh rakyat Malaysia,” kata Rafizi.

Sumber :Free Malaysia Today

“Pastinya, kami tidak menempah penginapan hotel mereka.

“Saya tidak boleh bercakap mengenai keputusan peribadi mereka (Najib) di mana mereka menginap di sini (Washington) DC,” kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Huckabee Sanders – Malaysiakini.

Artikel Berkaitan

Apa Kata Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *