Pesan kepada diri dan pengunjung blog ini, semoga kita dijauhkan bencana ini. Semoga kita yang mempunyai anak, adik, kakak dan kerabat dijauhkan dari kejahilan ini. Cara untuk memulakan alam rumahtangga dengan cara yang memualkan.
Seksi, menjadi satu kemungkaran, seksi dalam masjid lagi-lagi menjadi satu kemungkaran. Mungkin untuk menjadi kenangan!! Kenangan “kepala bapak” kalau seperti ini!!
Kita boleh juga bersangka baik. Apa kata, kalau kita berkata yang nampak seperti warna kulit itu adalah bajunya. Tali bra yang kelihatan itu berada di luarnya bajunya. Dia memakai baju dalam terlebih dahulu dan kemudian barulah memakai bra!! Kalau begitu, ada sesiapa yang tidak bersetuju kalau kita berkata dia sedikit ‘mental’, sasau kerana perkahwinannya. Ada bantahan!!!
Apa kata kalau yang ingin mendirikan rumahtangga, alam rumahtangga-alam baru bagi setiap orang, kita mulakan dengan penuh keberkatan. Semoga dengan apa yang dimulakan dengan penuh keberkatan dipenuhi dengan penuh keberkatan untuk babak hidup seterusnya.
Sama-sama kita mengaminkannya, doa untuk mereka yang inginkan keberkatan!!



Jo Jambo
25/02/2012 at 11:56 AMPertama sekali perlu ditegaskan, sepatutnya Pak Iman kena tegaskan…berani menasihatkan dan menegur …itu dah jd kewajipannya sebab dah masuk dalam masjid dan nak dinikahkannya…bakal suami ini memang fail la…takut nak menegur atau jahil agama
alkafaza
25/02/2012 at 5:05 PMkwe sokong komen jo jambo.. spatutnya khadi kena bersuara n tegas masa ni… suruh jah blik dulu tukar baju… kalu kwe khadi, kwe x sanggup tanggung dosa… xtau la plak kalu khadi ni sama ngan datuk nikah kawin mcm dlm citer P.Ramlee,musang berjanggut…