Seorang penerbit rancangan TV tempatan dituduh merompak dan mencabul dua individu termasuk seorang bergelar Datin, lapor Sinar Online.

Mohammad Ferdaus Mashud tidak mengaku bersalah merompak dan mencederakan mangsa di Surau Al Ikhlas Seksyen U8, di sini, 1.40 petang 6 Oktober lalu.

Tertuduh juga didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan maksud mencabul kehormatan mangsa sama, 44 tahun, di tempat, masa dan tarikh tersebut.

Beristeri dua, tertuduh juga didakwa merompak beg tangan milik wanita lain dengan parang di surau Raudhah At Muttaqin, Seksyen 4 di sini 18 Ogos lalu.

Mohammad Ferdaus dituduh bawah Seksyen 354 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan, yang disebut bersama Seksyen 397 kanun sama.

Pertuduhan berasingan dibuat di depan Hakim Mahkamah Sesyen Sabri Ismail dan Majistret P Sharulatha. Sebutan semula kes ditetapkan 4 dan 12 Disember.

Artikel Berkaitan

1 KOMEN

  1. Kesiannnn…..dah terdesak amatlah tu, sampai sanggup merompak!
    Sudah berapa lamalah agaknya, dia tak dapat apa-apa income sedangkan anak bini, nak makan. Jalan paling mudah, merompak perempuan di mesjid.
    Inilah satu kejayaan Najib memerintah, apa pun boleh berlaku.

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here