Pemain Pulau Pinang dicalon anugerah jaringan tercantik FIFA

fifa-jaringan-cantikJaringan pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri tersenarai antara 10 jaringan tercantik untuk Anugerah Puskas 2016 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut laman rasmi FIFA, jaringan Mohd Faiz antara yang tersenarai bagi melalui proses awal pemilihan sebelum melalui peringkat kedua.

Jaringan cantik Mohd Faiz yang dilakukan pada perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang dan Pahang di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 16 Feb lalu. Turut tersenarai ialah gol pemain antarabangsa, Lionel Messi dari Argentina.

Peminat bola sepak boleh membuat undian terhadap jaringan pilihan mereka bermula hari ini menerusi laman web Fifa sehingga 2 Dis ini.

Tiga jaringan terbaik yang mendapat undian terbanyak akan melalui undian sekali lagi.

Pemenang akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak Fifa di Zurich pada 9 Jan 2017.

mohd-faiz-subri-gol-fifaUndian boleh dilakukan di sini.

Artikel Berkaitan

Apa Kata Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *