PAS Tidak Akan Tewas Di Parlimen Dan 3 DUN Pengkalan Chepa

Kerusi 3 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Pengkalan Chepa tidak akan jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Penegasan itu dibuat Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari kerana Parlimen Pengkalan Chepa kekal sebagai kubu kuat parti itu di Kelantan.

“Insya-Allah kita tidak akan tewas di mana-mana DUN di Pengkalan Chepa.

“Pada 2004 ketika menghadapi pilihan raya PAS majoriti bagi kerusi DUN yang mana kita menang semua kerusi di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian,” katanya kepada Antarapos.

Menurut beliau, meskipun PAS berdepan tindakan provokasi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan namun ia dilihat tidak mudah memandangkan Pengkalan Chepa terletak kubu kuat yang pernah didominasi Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kedua-dua Parlimen ini merupakan Parlimen yang paling kuat PAS di seluruh negara.

“Insya-Allah dalam pilihan raya akan datang kita tidak akan kehilangan mana-mana DUN di Pengkalan Chepa termasuk DUN Chempaka,” katanya.

Parlimen Pengkalan Chepa mempunyai tiga DUN iaitu Chempaka, Kijang dan Panchor.

BN Kelantan menyasarkan menang 30 kerusi DUN pada PRU14.

Artikel Berkaitan

Apa Kata Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *