Tun Daim Zainuddin yang lazimnya digambarkan sebagai pemimpin politik-ekonomi yang suka ‘berdiam diri’ pernah membuat ramalan beberapa bulan sebelum PRU-12. Ramai tidak percaya ketika itu.
Tsunami politik melanda pada 8 Mac 2008. Sebahagian besar ramalannya menjadi. Kita lihat pula beberapa pandangan lain berkaitan ramalan Daim.
Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara
- BN mampu mencapai kemenangan lebih besar dalam PRU13. Indikator terkini tidak sama sebelum tsunami politik 2008.
- Transformasi kepimpinan yang dilakukan PM Najib Razak memberi petunjuk yang mula berubah.
- Keadaan ekonomi semakin kukuh, memberi kelebihan dan petunjuk terbaik kepada BN.
- PM Najib seorang pemimpin yang dinamik dan mempunyai keyakinan yang tinggi.
- ‘Faktor Najib’ berjaya memberi satu harapan baru dan suntikan pembaharuan politik untuk BN.
- Keterbukaan sikap kepimpinan Najib membela nasib semua bangsa semakin disenangi, dihargai dan diterima.
- Pergolakan PR dan kegagalan pentadbiran di negeri-negeri PR melonjakkan lagi sokongan rakyat terhadap BN.
- PR tidak boleh mendabik dada bahawa mereka akan mendapat kemenangan.
- Kemampuan rakyat untuk mereka menilai sendiri kepimpinan BN atau PR tidak wajar direndahkan.
- Parlimen tergantung sukar berlaku, bersandarkan PRU-12 BN masih kekal membentuk kerajaan.
- BN tidak boleh melakukan kesilapan dalam memastikan pemilihan calon berkaliber dan jentera parti yang tepat.
- Calon yang bersikap jujur, ikhlas, bersih dan berintegriti, boleh mendengar denyutan nadi rakyat.
- Populariti Najib membantu sokongan terhadap parti, sekali gus melonjakkan sokongan golongan muda.
Ibrahim Suffian, Pengarah Eksekutif Merdeka Center
- Pandangan Daim lebih berbentuk “nasihat-nasihat yang bersyarat” dan terpakai kepada kedua-dua PR dan BN.
- Daim memberikan pandangan secara berhati-hati agar tidak menyinggung pemimpin-pemimpin BN khususnya Umno.
- BN akan mendapat manfaat jika ikut segala apa yang Daim sarankan.
- PR tidak boleh terlalu yakin mereka ada kelebihan dan tidak boleh memandang rendah kelemahan-kelemahan pihak lawan mereka.
- Kelebihan ‘faktor Najib‘ boleh memanfaatkan BN dan bukan formula utama yang akan membawa besar perikatan.
- Kemenangan akan ditentukan oleh banyak faktor, tidak semestinya hanya faktor Najib semata-mata.
Prof Madya Dr. Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia
- Kebijaksanaan menangani pelbagai isu khususnya ketika PRU hampir menjelang, akan mempengaruhi pola pengundian rakyat.
- Rakyat sudah mula membuat keputusan sama ada untuk menyokong BN atau PR dengan melihat kaedah dan pendekatan parti komponen itu dalam menangani pelbagai isu.
Apa pun Daim juga berkata “Saya bukanlah seorang yang boleh membuat suatu ramalan dengan tepat.”



Komen Terkini