PAN boleh didenda RM3000 – RoS

PAN_AmanahPendaftar Pertubuhan (RoS) berkata Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia tidak dibenarkan sama sekali untuk mengadakan sebarang aktiviti atau program atas nama Parti Amanah Negara (PAN).

Ini selaras dengan ketetapan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 11 Akta Pertubuhan 1966, kata Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Razin Abdullah.

RoS menerima notifikasi daripada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia berhubung pelantikan baharu ahli Jawatankuasa Pusat yang diputuskan melalui Kongres Luar Biasa yang diadakan 25 Ogos lepas.

“Sebahagian besar ahli jawatankuasa baru ini, adalah terdiri daripada bekas ahli PAS yang pernah memegang jawatan sebagai ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2013-2015,” katanya dipetik Bernama di Putrajaya, hari ini.

Permohonan parti itu untuk menukar nama kepada Parti Amanah Negara juga masih belum diluluskan setakat ini.

Razin berkata mana-mana pertubuhan atau parti dan pemegang jawatan yang didapati melanggar larangan itu boleh didakwa dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000.

Komen Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *