Utama Global Pakar Psikiatri Beri Taklimat Tentang Masalah Mental Trump

Pakar Psikiatri Beri Taklimat Tentang Masalah Mental Trump

0
SHARE

Media Amerika Syarikat (AS) mendedahkan sekurang-kurangnya 12 anggota Kongres kebanyakannya dari parti Demokrat telah diberi taklimat tentang masalah kesihatan mental Presiden Donald Trump daripada seorang profesor psikiatri Universiti Yale.

Taklimat itu dikendali oleh Prof. Dr. Bandy Lee yang juga penyunting buku bertajuk `The Dangerous Case of Donald Trump: 27 Psychiatrists and Mental Health Experts Assess a President’ pada 5 dan 6 Disember lalu.

Ahli Parlimen memberitahu mereka amat bimbang dengan bahaya ketidakstabilan mental Trump terhadap negara,’’ katanya kepada stesen televisyen CNN.

Taklimat itu dihadiri oleh anggota Demokrat dan seorang anggota Republikan yang enggan didedahkan namanya.

“Jurucakap White House, Saran Sanders menolak dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai `tidak bermaruah dan jenaka.” – AFP/Utusan Online

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here