SHARE

Rakyat Selangor digesa sedar dan menilai semula pembangunan yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada negeri itu selama ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerajaan BN mempunyai hala tuju dan landasan yang betul dalam memperjuangkan pembangunan rakyat.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata projek pembangunan sedia ada termasuk rizab negeri itu kini menjadi milik pembangkang.

“Saya amat sedih dengan Selangor ni. Lepas kita (BN) beri pembangunan, senang-senang rakyat beri kepada pembangkang termasuk dengan rizab berbilion-bilion (ringgit), diberi kepada pembangkang.

“Orang Selangor ni gila ke apa?

“Saya hendak merayu kepada Cina, India, Melayu, Kadazan, Iban (termasuk) segala etnik yang ada dalam negara ini, tolong sedarlah. Bangun, fikir dan renung balik siapa kita dahulu dan bagaimana kita dapat capai ini semua?

“Kalau tidak mempunyai kerajaan Barisan Nasional, percayalah, kita tidak akan dapat capai apa yang kita capai hari ini kerana kita mempunyai perancangan dan hala tuju dan landasan. Kita tahu mana kita nak sampai,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Petaling Jaya Utara (PJU) Tahun 2017, di sini, hari ini. – Astro AWANI

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here