SHARE

MBPPDua lelaki telah bertindak membawa lari lori milik penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) gara-gara bengang gerai mereka diserbu.

Dalam kejadian di Jalan Tanjong Tokong pukul 8.50 malam Khamis itu, seorang lelaki telah memandu lori MBPP dalam keadaan marah, manakala seorang lagi rakannya merakam video mereka sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada MBPP.

Lelaki berkenaan turut mendakwa MBPP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng rasis apabila hanya menyerbu dan menyita gerai yang dimiliki peniaga Melayu.

Dalam video tersebut yang tular di media sosial, dapat dilihat beberapa motosikal, dipercayai penguatkuasa MBPP sedang mengekori lori berkenaan.

Lori tersebut dipandu menuju ke Balai Polis Pulau Tikus. Sebaik tiba, mereka terus membuat laporan polis.

Difahamkan, salah seorang peniaga yang terlibat dalam kejadian itu adalah Mohammad Haziq Ammar Mohd Hussain, 27.

Dia kemudian memberitahu pemberita bahawa keputusan untuk bertindak sedemikian dibuat selepas anggota penguatkuasa MBPP menyita meja dan kerusi di gerai makannya tanpa memberikan sebarang notis.

Mohammad Haziq mendakwa ini adalah percubaan ketiga oleh pihak berkuasa berkenaan untuk menyerbu gerainya dan dia telah cuba memohon lesen daripada MBPP tetapi ditolak. – mStar Online

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here