Mydin Mohamed Holdings Sdn. Bhd. dilapor telah berputus asa sebagai operator Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Menurut Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin, perkara itu dimaklumkan oleh syarikat tersebut selepas mengadakan perbincangan dengan kementeriannya.

“Mydin kata dia nak ‘give up’. Sudah tentu kita cari operator yang baharu. Seperti yang saya katakan tadi, saya sedang berbincang dengan pengusaha-pengusaha yang baharu.

“Mydin mungkin tidak lagi mahu meneruskannya,” katanya dipetik Astro AWANI.

Hamzah juga berkata, ada beberapa pengusaha telah menyatakan minat untuk mengambil alih KR1M dan pengendali KR1M 2.0 akan diumum sebelum sambutan Hari Kemerdekaan.

Bulan lalu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa kontrak Mydin kerana mendakwa menjual barang-barang pada harga yang tinggi.

KR1M diwujudkan sejak 2009.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here