Misteri kehilangan 4 wanita Malaysia sejak 1978 di Korea Utara

Harapan agar 4 wanita Malaysia yang hilang dan dipercayai berada di Korea Utara ditemukan semula.

Menurut Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon, yang dipetik Free Malaysia Today, 4 wanita berkenaan dan seorang lagi wanita Singapura merupakan gadis pelayan (social escort) yang bekerja di atas sebuah kapal, dan terakhir ditemui pada Ogos 1978, sebelum kapal itu berlayar.

Mereka ialah Yeng Yoke Fun, 22, Yap Me Leng, 22, Seetoh Tai Thim, 19 and Margaret Ong Guat Choo, 19, manakala warga Singapura ialah Diana Ng Kum Yim, 24.

Pada 2005, keluarga kesemua wanita Malaysia itu pernah memohon bantuan Biro Pengaduan Awam MCA di bawah Datuk Seri Michael Chong.

Menurut Sin Woon, salah seorang daripada mereka, Yoke Fun, pernah ditemui seorang bekas tentera Amerika Syarikat yang berpaling tadah, Charles Robert Jenkins, bekerja di sebuah taman hiburan di Pyongyang pada sekitar 1980-1981.

Menurutnya lagi, Jenkins mengenal pasti Yoke Fun sebagai Ying Tai melalui tahi lalat di sebelah mata kirinya, malah memberikan nama sebenar Yoke Fun, Ying Tai, yang disahkan keluarganya.

Sukuukai, sebuah laman berbahasa Jepun yang melaporkan apa yang didakwanya penculikan rakyat Jepun di Korea Utara, turut menyenaraikan kelima-lima wanita itu.

Laman itu mendakwa rakyat dari beberapa negara lain termasuk Thailand, Lubnan, Jordan, Romania, Belanda dan Perancis juga dilaporkan hilang di Korea Utara, dan hampir kesemuanya berlaku pada lewat 1970-an.

Kes membabitkan wanita Malaysia itu mendapat perhatian di sebalik hubungan Malaysia-Korea Utara yang mula tegang sejak kedua-dua negara mewujudkan hubungan diplomatik pada 1973.

Ia susulan kematian Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, selepas diserang 2 wanita pada 13 Feb, dipercayai oleh pembunuh upahan Korea Utara, dakwaan yang ditolak Pyongyang sejak awal.

Komen Anda

3 thoughts on “Misteri kehilangan 4 wanita Malaysia sejak 1978 di Korea Utara

  1. klu ye pun tunggula kes jpng nam reda dulu.. ni semua nk nambah tegang hubungan. sebelum ni tkde pulak cita.

    pilah urus sendiri. kan mca baik dgn duta china. jgn libatkn negara buat masa ini.

    dh 40 tahun baru nk sibuk.

    4 wanita tu pulak social escort.. bukan org kedutaan malaysia.. tu urusan peribadi mereka dn kerja social escort bukan sesuatu yg diiktiraf oleh kerajaan kedua2 belah pihak.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *