SHARE

Susulan laporan polis yang dibuat Pemuda Umno, Dr Mahathir menyifatkan mereka bodoh kerana sememangnya beliau ingin menjatuhkan pentadbiran kerajaan kleptokratik Datuk Seri Najib.

“Mereka ini bodoh. Dia tak faham politik. Sudah tentu saya cuba gulingkan kerajaan, sebab kerajaan ini kleptokratik,” katanya kepada wartawan di pelancaran Harapan Baru: Wacana Dasar di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Sekumpulan pemuda Umno termasuk Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap Dr Mahathir kerana cuba menghasut rakyat menggulingkan Najib tanpa proses demokratik.

Pada sidang media yang sama Dr Mahathir berkata pencalonan beliau sebagai perdana menteri Pakatan Harapan hanya akan berlaku jika mendapat persetujuan parti komponen.

“Saya akan ikut keputusan kesemua empat parti,” katanya.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here