MB minta 3 Exco lepas jawatan, Tunggu perkenan Sultan kata PAS

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali meminta tiga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor supaya melepaskan jawatan masing-masing sebagai ahli exco kerajaan negeri.

Menurut laporan mStar, permintaan itu dibuat semasa mesyuarat selama satu jam dengan Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib. Mesyuarat itu turut dihadiri Pesuruhjaya PAS negeri yang baharu, Sallehen Mukhyi.

Azmin juga telah memberi jaminan bahawa PAS masih boleh kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri. Difahamkan, wakil PAS akan terus menikmati peruntukan pembangunan negeri, kekal sebagai ahli majlis perbandaran dan jawatankuasa kampung.

Dalam pada itu PAS akan akur dengan keputusan melepaskan jawatan exco jika mendapat perkenan Sultan Selangor, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan presiden PAS berkata ini kerana pelantikan exco kerajaan negeri itu adalah bawah bidang kuasa Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Bagi PAS, kita akur sebab pelantikan exco ini di bawah kuasa Tuanku Sultan Selangor.

“Jadi pihak PAS kita akurlah kalau (benar) ia sudah dapat perkenan Tuanku Sultan,” katanya kepada mStar lagi.

Komen Anda

4 thoughts on “MB minta 3 Exco lepas jawatan, Tunggu perkenan Sultan kata PAS

  1. Cadangan gue supaya dicontohi apa yg dilakukan di Pulau Pinang oleh Salleh Man dari PAS dgn ‘musuh’ ketat parti itu, DAP.
    Petikkan dari Detikdaily 12 Mei 2017 dlm meleraikan kemelut PAS dan PKR di selangor, adalah disalinkan dibawah. Mohon pihak2 yg terlibat/berwenang boleh mencari jalan keluar dgn penuh hikmah :
    “Mohd Salleh berkata pada masa ini, beliau akan terus berkhidmat sebagai Adun Permatang Pasir dan berharap kerajaan Pulau Pinang akan sentiasa menyokongnya dalam menjalankan tanggungjawab tersebut.

    “Saya harap, kerajaan negeri tidak terlepas pandang dan sentiasa beri perkhidmatan yang baik khususnya di Permatang Pasir.

    “Saya akan bertugas seperti biasa di Permatang Pasir dan akan terus berkhidmat sehingga habis tempoh,” kata yang dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, yang juga pengerusi Zakat Pulau Pinang.

    Sebelum ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan Pulau Pinang akan mengadakan perjumpaan dengan Mohd Salleh bagi membincangkan kedudukannya dalam pentadbiran negeri berkenaan.”

    Lim dilaporkan berkata beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu sebelum berbincang dengan Mohd Salleh, namun mengakui hubungan kerajaan negeri dengan Adun berkenaan masih baik seperti dahulu.

    Isu kedudukan Mohd Salleh menjadi tanda tanya dan mula dipertikaikan sejak tahun lepas apabila PAS mengisytiharkan sebagai parti pembangkang di Pulau Pinang selepas kerajaan Pulau Pinang memecat 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kalangan anggota parti itu di parlimen Kepala Batas.

    Terbaharu, kedudukan Mohd Salleh sekali lagi menjadi tanda tanya selepas Dewan Ulama PAS meluluskan usul untuk memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR.

    • ada benarnya… tp memang itulah hajat hj hadi utk beri kemenangan pd umno dan utk UG.

      tp PH kena terpaksa hadapi dan lawan beri kesedaran rakyat Selangor. kerajaan sediada diselangor memuaskan dan perlu diteruskan. bila urustadbir baik, maka itulah memartabat islam.

      penyokong pas patut tidak undi pas kerana pas hanya nak pahala. susah payah sokong pas utk pahala(belum tentu) sedangkan lebih memberi laluan mudah kpd umno sebenarnya.

      apa guna main bola tp tknk menang. apa guna masuk pru tp taknk menang.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *