Maut Main Mercun – Bahagian Kepala Mangsa Pecah

Seorang pelajar lelaki maut akibat letupan mercun di Kampung Bintawa Hilir, Kuching. Kecederaan teruk di kepada menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa, Haiqal Hakim Zolpaka, 12, bermain sendirian di luar rumah kira-kira jam 12.15 tengah malam. Kejadian itu disedari bapanya yang sedang mengemas rumah untuk sambutan Aidilfitri.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai, bapa mangsa yang terdengar letupan kuat di luar rumahnya segera memeriksa dan terkejut melihat anaknya terbaring.

Beliau berkata, bapa mangsa kemudiannya menjerit melihat keadaan anaknya dan orang ramai yang menyedari kejadian itu kemudiannya mengangkat jenazah ke dalam rumah sementara menunggu kehadiran polis.

“Bahagian atas kepala mangsa pecah dipercayai terkena letupan kuat dan mayatnya dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

“Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak kerana kecuaian ibu bapa,” katanya dalam kenyataan dipetik Berita Harian hari ini.

Mangsa adalah murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Matu Baru.

Artikel Berkaitan

Apa Kata Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *