Pelawak Mat Over sekali lagi menjadi hangat di laman sosial apabila dijemput menjadi tetamu khas dalam satu acara Hari Belia di Hulu Terengganu.

Laporan mStar menyebut, netizen menyatakan rasa tidak berpuas hati apabila sepanduk yang mempromosikan pelawak itu tersebar.

“Hanya di Malaysia anda akan diberi penghormatan yang tinggi apabila anda menampar seseorang di depan Perdana Menteri,” tulis Asrul Muzaffar melalui akaun Twitter miliknya.

“Saya bukan sesiapa tetapi saya rela menggantikan Mat Over untuk Hari Belia di Terengganu”, tulis pengguna Twitter, Mohsen Alkaff pula.

“Bukan bermaksud saya ini bagus, tetapi saya lebih baik daripada dia.”

“Hari Belia bersama Mat Over. Adakah dia masih dianggap belia? Dia sudah berusia 60 tahun!” kata Aiediel Jamal di Facebook.

Mat Over dijemput sebagai pengacara program “Santai Bersama Mat Over” dan program itu sudah dirancang sebelum insiden tampar Rabu lalu, kata Datuk Rozi Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Terengganu.

Mat Over atau nama asalnya Sulaiman Yassin merupakan seorang pelawak dan dilaporkan telah menampar David Teo di hadapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sesi dialog Transformasi Nasional (TN50) di Seri Perdana, Putrajaya awal minggu ini.

2 KOMEN

  1. Minyak naik 20 sen / barang mentah naik 20 sen
    Minyak turun 30 sen /barang mentah harga maintain
    Minyak naik 10 sen / barang mentah naik 10 sen
    Minyak turun 50 sen /barang mentah harga maintain
    Kesimpulannya, harga minyak boleh turun naik, tapi harga barang tak turun tapi sentiasa naik.
    Sape yg kenal najib boleh tlg tanyekan tak soklan upsr ni?

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here