SHARE

Azwan_Ali_Umno_PuchongApa yang disebarkan oleh Pemuda Umno Puchong,  “Azwan Ali mengamuk, abg dia tak terpilih ole PR sbg MB Selangor…”.

Azwan berkata beliau tidak terkesan langsung dengan khabar tersebut sebaliknya menyifatkan ia sebagai fitnah.

“Besar hama pun saya tak hairan! Pemuda Umno Pucong ker…, Pemuda Obama ker… bukan mereka yang bagi saya makan. Saya mengamuk ker atau tidak, tak ada kena mengena dengan mereka. Tak perlu lah nak meroyan atau nak sentap (terasa) kerana Twitter saya adalah hak saya. Saya tak saman mereka dah cukup baik!

“Kepada pemuda Umno Puchong, tolonglah bermuhasabah. Jangan pandai-pandai menabur bidaah! (mengada-adakan sesuatu yang tak ada).

“Buktikan kalau betul saya ada tweet tentang hal itu. Saya harap pihak tersebut bermuasabah. Inilah masalah UMNO… rosak kerana fitnah!”, kata Azwan Ali ketika dihubungi Malaysian Digest.com.

Azwan Ali mengakui yang beliau menulis di twitter dengan ayat berbaur politik tetapi tiada kaitan dengan ketidakpuas-hatiannya kerana abangnya tidak terpilih.

Ia adalah luahan pendapatnya mengenai kepimpinan pemerintah di Selangor sekarang.

“Saya akui, saya ada tweet pasal kepimpinan pemerintahan di Selangor. Pada tweet saya itu, saya minta pemerintah sekarang ini supaya sedar lah diri. Orang dah kalau tak suka, tolong lah letak jawatan. Tetapi kalau tentang tak puas hati Azmin tak jadi menteri besar, memang saya tak ada tweet”, katanya lagi.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here