Mahfuz Ucap Tahniah Kepada Arul Kanda

Presiden dan pengarah eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy menerima ucapan ‘tahniah’ daripada Datuk Mahfuz Omar berikutan kejayaan meyakinkan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mahfuz juga mengucapkan takziah kepada Tuan Ibrahim dan PAS kerana diperdayakan oleh “ahli silap mata” 1MDB.

“Saya yakin pimpinan parti saya terutama sekali Tuan Ibrahim tidak akan mudah untuk ‘diperdayakan’ oleh pengurusan 1MDB dalam masa 3 jam,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Free Malaysia Today.

Bagaimana Tuan Ibrahim dengan selamba boleh “berpuas hati” dengan pelan rasionalisasi 1MDB, soal Mahfuz.

Menurut Mahfuz, pelan rasionalisasi itu hanya 1 gimik ‘silap mata’untuk menunjukkan 1MDB bebas daripada bebanan hutang.

“Tidakkah Tuan Ibrahim dan rakan-rakan dalam parti saya (PAS) nampak susunan pelan rasionalisasi 1MDB ini adalah pelan untuk melindungi penyangak negara dan segala malapetaka serta bala hutang 1MDB yang akhirnya terpaksa ditanggung dan dibayar oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Artikel Berkaitan

Apa Kata Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *