Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bersama tiga lagi pemimpin PAS iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit), Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) serta ADUN Batu Burok, Dr Syed Azmanh hadir ke Konvensyen Nasional 2017 Parti Amanah Negara (AMANAH) di Alor Setar hari ini.

Sejak akhir-akhir ini mereka dilihat mesra AMANAH dan sering menghadiri program anjuran HARAPAN.

Adakah mereka bakal bersama AMANAH dalam PRU14?

Memetik laporan Malaysiakini, sebelum itu Mafhfuz berkata mana-mana ahli PAS termasuk dirinya tidak perlu keluar daripada parti Islam itu bagi menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN).

Mahfuz berkata PAS kini dilihat bukan sebuah parti bersama rakyat yang ingin merubah negara kerana hanya mahu bertanding di 40 buah kerusi sahaja pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU).

“Tak keluar parti untuk beri sokongan padu pada HARAPAN sebab HARAPAN sahaja yang tunjuk komitmen untuk perubahan politik dan tidak pada gagasan sejahtera yang diketuai oleh PAS.

“Sebabnya PAS semalam nak sasar 40 kerusi (pada PRU14), jadi PAS tak tunjuk ambil alih, nak ambil kuasa dari BN, ia tak tunjuk komitmen PAS nak ubah masalah kos sara hidup.

“Rakyat terbeban kerana PAS tak sedia ambil kuasa, kita tak kena beri sokongan tanpa keluar parti untuk ambil alih kuasa politik nak selesaikan masalah rakyat,” katanya dipetik portal itu.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here