SHARE

Tun Dr Mahathir Mohamad memulangkan dua pingat yang diterimanya daripada sultan Selangor, termasuk satu daripadanya yang tertinggi di negeri itu.

Hal itu disahkan seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) lapor Malaysiakini.

Pingat yang dipulangkan ialah Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama yang diterima pada 22 Jun 1978 dan ia hanya dianugerahkan kepada dua individu pada sesuatu masa.

Pingat Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) yang diterima sebulan sebelum bersara sebagai perdana menteri pada Okt 2003 juga dipulangkan.

Dr Mahathir menerima penghargaan itu pada majlis Jasamu Dikenang di Istana Alam Shah di Kelang.

Penganugerahan pingat itu dihadkan hanya kepada 25 orang pada sesuatu masa sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan individu yang terpilih.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here