SHARE

Kalau sebelum ini pelakon Fathia Latiff bersuara bersimpati dengan bekas PM, Tun Mahathir. Pak Nil atau Aznil Nawawi mempersoalkan kos sara hidup yang semakin meningkat dan mempersoalkan serta mempertikaikan kenapa perlunya GST.

Kini giliran penyanyi Sheila Majid pula mempersoalkan keadaan ekonomi negara yang buruk seperti dirasai kebanyakkan orang lain.

“Makanan mahal, nilai ringgit lemah, kos sara hidup tinggi dan pekerjaan pula kurang.

“Rakyat Malaysia sudah bosan dan marah kerana diperah akibat hutang yang bukan berpunca daripada kami,” katanya melalui akaun Twitter.

“Tumpu perhatian kepada tugas untuk mengembalikan negara ke landasan yang betul. Mengecewakan,” tulisnya lagi.

Luahan itu ditulis Sheila kira-kira pukul 1 tengah hari tadi, dan setakat ini sudah mendapat 3,429 retweet.

Tulisan itu mencuri tumpuan Dr Mahathir dan memuji tindakan artis tersebut.

“Masa depan terletak di tangan anda. Kalau bukan kita, siapa lagi?” katanya melalui Twitter dengan mengepilkan kenyataan dibuat Sheila.

Menunjukkan rungutan pembantu Rosmah, Rizal tentang artis supaya tidak menjadi alat pembangkang tak laku dan tidak dihiraukan mereka yang tak termakan umpan dedak.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here