Ketua penceroboh masih hidup!!

LahadDatu1Utusan Malaysia dan blog-blog melaporkan ketua kumpulan yang menceroboh Lahad Datu, Azzimudie Kiram terbunuh dalam serangan pagi ini.

Namun begitu ia dinafikan oleh jurucakap kesultanan Sulu, Abraham Idjirani. Katanya dia bercakap melalui telefon dengan Azzimudie Kiram pada petang ini. Itulah yang dilaporkan InterAksyon.com, portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5.

Katanya lagi, Datu Raja Muda Azzimudie Kiram dan pengikutnya masih hidup. Dia juga berkata Azzimudie “seperti musang” kerana sentiasa bergerak untuk mengelak pihak keselamatan Malaysia, lapor Malaysiakini.

Cuma kita berpesan, pasukan keselamatan jangan malukan Malaysia dalam soal ini. Masih hidup dikatakan telah terbunuh!! Utusan Malaysia juga jangan cepat melatah seperti sudah-sudah!!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *