SHARE

Akibat bebanan hutang seorang ibu sanggup lacurkan anak kandung sendiri berusia 14 tahun.

Kejadian berlaku di Lawas, Limbang dan wanita berusia 30 tahun itu kini ditahan polis.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar, polis turut menahan seorang lagi wanita berusia 45 yang juga pemilik karaoke di sebuah kedai di Jalan Haji Matussin, Lawas.

Pihak polis juga sedang mengenal pasti identiti dan memburu lelaki yang didakwa merogol remaja perempuan itu.

Kedua-dua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 (1) (a) & (d) Akta Kanak-Kanak 2001.

Dev berkata mangsa yang tidak bersekolah membuat laporan di balai polis Lawas pada 10.55 pagi tadi, dengan bantuan ketua kampung tempat mangsa tinggal.

“Mangsa bekerja sebagai pelayan di sebuah karaoke di Lawas. Dia dipaksa oleh ibu kandungnya dan pemilik karaoke tersebut untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya,” kata beliau dipetik Bernama.

Menurut beliau lagi, mangsa mendakwa ibunya mempunyai masalah kewangan serius akibat terlalu banyak berhutang dan meminta dia mengikut lelaki terbabit ke sebuah hotel di Lawas.

“Mangsa melihat lelaki itu membayar RM1,000 kepada pemilik karaoke seorang wanita berusia 45 tahun dan kejadian berlaku pada April 2017, dengan mangsa mendakwa lelaki tersebut merogolnya tiga kali di sebuah bilik di hotel tersebut,” katanya.

Mangsa sebelum ini merahsiakan insiden tersebut, akhirnya melaporkan kejadian tersebut kepada ketua kampung di kawasan tempat tinggalnya.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here