Kerajaan turunkan harga kereta

keretaThe Star melaporkan Mustafa Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri akan mengumunkan penurunan cukai import kereta dari Jepun dan Australia. Nampaknya gertak dari PR untuk menurunkan harga kereta import membuatkan kerajaan kecut perut dan terpaksa bertindak. Adakah kita akan mendengar macai menjaga ‘negara bangkrap’ dengan tindakan tersebut.

Jumlah peratusan penurunan cukai tersebut akan kita dengar selepas ini. Adakah ianya meliputi semua kereta Jepun dan Australia atau kereta-kereta tertentu sahaja. Adakah ianya cuma untuk diriuhkan menjelang pilihanraya ke-13 juga akan kita lihat selepas ini.

Pakatan Rakyat yang berjanji untuk menurunkan harga kereta membuatkan kerajaan berpinar mata untuk menurunkannya. Kalau turun pun, tak akan turun banyak pun. Kalau nak melihat penurunan yang ketara, sokonglah hasrat PR. Insyaallah kita tak akan dicekik kerajaan lagi untuk mendapatkan kereta yang lebih murah.

Biarlah kerajaan turunkan sedikit dan kerajaan baru PR menurunkan lebih banyak!!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *