Kenaikan Pangkat Time-BasedPemberitahuan urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32-DG54 secara time-based berasaskan kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ia melibatkan pegawai-pegawai yang layak untuk kenaikan pangkat bagi Julai hingga Disember 2017.

Tarikh iklan akan dibuka menerusi sistem ePangkat bermula antara 22 Mei 2017 hingga 23 Jun bagi pihak pengurusan untuk melengkapkan permohonan bagi mereka yang layak.

Urusan ini terbuka kepada:

(a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi Urusan Julai hingga Disember 2017;

(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan Julai hingga Disember 2017; dan

(c) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan Julai hingga Disember 2017 (HANYA PPP yang belum menggunapakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 SAHAJA)

3.Pegawai yang terlibat TIDAK PERLU MEMOHON dan sebaliknya perlu diperakukan terus oleh Ketua Jabatan menerusi iklan ePangkat yang DIBUKA BERMULA 22 MEI 2017.

Untuk maklumat lanjut sila klik KPM dan untuk maklumat penuh boleh klik Surat Siaran ini.

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here