Kata PAS, PKR juga akan tinggalkannya

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mengambil pendirian berpisah dengan Pas bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0) bersama DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Jangkaan itu dibuat oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Dengan jangkaan keputusan PKR itu, beliau berkata, Pas berkemungkinan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) secara bersendirian menggunakan pengaruh dan kekuatan sendiri.

“PPP mengunjurkan PRU14 nanti adalah pertandingan pelbagai parti (multi parties system), di mana Pas akan muncul sebagai salah satu parti yang berpengaruh,” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).

Ahli Majlis Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama membentuk kerajaan dengan mana-mana pihak selepas PRU14 yang menghormati dasar perjuangan dan menyokong usaha Pas menyuruh kebaikan (maaruf) dan mencegah keburukan (mungkar) demi kesejahteraan Malaysia.

Diminta mengulas kenyataan DAP yang tidak mahu menyertai PR 2.0 sekiranya Pas menyertai gabungan itu, Dr Zuhdi berkata,

“Pas Lebih teguh dalam keadaan seperti hari ini, iaitu tiada hubungan dengan DAP dan golongan yang selama ini cuba

memesongkan jati diri perjuangan Pas telah keluar menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (Parti Amanah Negara),” katanya. -Free Malaysia Today

Komen Anda

2 thoughts on “Kata PAS, PKR juga akan tinggalkannya

  1. Alhamdulillah……pas bersendirian! InsyaAllah tiada lagi tikam belakang dalam PR2.0 nanti. Juga didoakan Pas tidak saling menikam sesama sendiri pula nanti, apabila telah disucikan dgn penghijerahan ahli yg memesongkan jati diri ( entah apa benda tu jgn Uturn sudah lah). Diharapkan juga Pas tidak lagi berharap pada siku dan lutut untuk laksanakan hudud. Pakailah otak kerana ‘tiada agama bagi org yg tak berakal’. Anyway Tahniah Pas, selamat majujaya amar makruf nahi munkar.

  2. Alhamdulillah.Semoga President Dan Timbalan PKR jangan lagi Beria ria nak pujuk PAS.lebih lebih lagi pada Azmin Ali jgn nak memandai mandai lagi pujuk Hj Hadi tu.Tutup Kes.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *