Kalau Seorang Sumbang RM1,000, Dah Ada RM600 Juta – Menteri

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh mmenggesa Universiti Awam menggunakan segala sumber untuk memperoleh kewangan tanpa mengharapkan bantuan atau peruntukan daripada kerajaan.

Antara langkah yang disyorkan dengan memanfaatkan dan mendapatkan bantuan daripada alumni universiti.

“Sebagai contoh Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempunyai seramai 600,000 alumni, kalau setiap seorang menyumbang RM1,000 maka ada RM600 juta.

“Katakan kalau seorang menyumbang RM2,000 kepada universiti, maka akan ada sumber kewangan sebanyak RM1.2 bilion,” katanya dipetik Bernama.

Sebelum ini media melaporkan pemotongan bajet pusat pengajian tinggi di negara oleh Perdana Menteri turut menjejaskan Universiti Malaya (UM).

Laporan Sunday Star yang bertajuk “UM feeling the crunch” menyebut UM terpaksa melepaskan kakitangan-kakitangan akademik berpengalaman yang turut menjejaskan kualiti pembelajaran.

Pemotongan bajet juga didakwa telah mengakibatkan kemudahan-kemudahan universiti terabai sekaligus menjejaskan para pelajar dan kakitangan universiti tersebut.

Ramai pelajar dan kakitangan akademik mengadu tentang beberapa pensyarah yang hebat telah diarahkan untuk berhenti.

Universiti Malaya seperti banyak lagi universiti-universiti awam yang terhimpit akibat pemotongan bajet pendidikan dari kerajaan persekutuan.

The Star turut melaporkan ramai kakitangan kontrak terutama dari negara luar yang di universiti itu dilaporkan tidak diperbaharui kotrak kerja mereka.

Universiti Malaya telah menerima peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak RM638 juta pada tahun 2015, peruntukan itu kemudian dipotong sebanyak 27.3 peratus tahun lalu, sebelum dipotong lagi sebanyak 20.2 peratus tahun ini.

Memetik kenyataan Aznijar, seorang pensyarah Fakulti Kejuruteraan UM yang menyifatkan pemotongan bajet ini sebagai “tidak adil,” kerana pendidikan sepatutnya diutamakan kerajaan.

Tambahnya lagi, pemotongan itu sudah sampai ke tahap menjejaskan operasi universiti.

Kakitangan yang masih bertugas di universiti dikenakan pelbagai bentuk langkah pengurangan kos, seperti menghadkan hanya satu ‘ream’ kertas cetak untuk setahun malah ada juga terpaksa membeli sendiri alat tulis seperti ‘marker pen’.

“Sebenarnya bantuan untuk penyelidikan dan penerbitan sudah dikurangkan dan banyak universiti menderita. Kalau dipotong lagi universiti sudah tidak ada makna. Universiti bukan sekolah kerana mereka memerlukan penyelidikan dan penerbitan.

“Perkara ini sangat serius kerana daripada segi intelektual semua akan merosot dan tidak boleh melahirkan pelajar berkualiti untuk menguruskan negara. Negara kita tidak seperti China, Jepun, Korea di mana mereka tidak mengurangkan sumbangan dalam bidang penyelidikan.”

Kata-kata Tan Sri Prof Khoo Kay Kim seperti dipetik dari laporan Free Malaysia Today Oktober lalu.

Komen Anda

5 thoughts on “Kalau Seorang Sumbang RM1,000, Dah Ada RM600 Juta – Menteri

  1. BODOH BANGANG DAN CELAKA PUNYE IDEA BANGSAT DARI IDRIS JUSOH.KAU MENTRI KERA-JAAN YANG MENJAGA HAL EHWAL UNIVERSITI .KORANG MENYAMUN DUIT RAKYAT LAH NI NAK MINTAK RAKYAT TOLONG KORANG.MEMANG DAH CELAKA MELAMPAU KAU NAJIB DAN PENYAMUN2 MENTRI YANG LAIN

  2. AKU CADANGKAN GAJI DDAN SEGALA HARTA DERIS DISUMBANGKAN PD UM..NAK TNGOK DIA MAKAN APE?

  3. Bila kebajikan dan dana utk pelajaran dikecilkan makna kerajaan tu sudah teruk. Dan patut di tukar.

  4. dia suruh derma pas tu dgn geng nya sapu duit tu lagi> tak cukup siksa rakyat lagi bagero

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *