(Video) Kalau Mat Dan cakap Ganung, Mat Daud kecek Klate

Kalau di Terengganu, Mat Dan yang lancar bertutur loghat negeri itu, kerana itu kini menjadi personaliti tv. Mat Dan atau nama sebenar Daniel Tyler dah selamat pun menikah dengan gadis Terengganu.

Kini mula tular kisah Mat Saleh kecek Klate. Mat Daud atau nama sebenar David yang menggunakan nama Fatih İmamoğlu di Facebook menjadi tumpuan apabila videonya lancar bercakap loghat Kelantan.

Rakaman video yang menunjukkan Mat Daud berusia 24 tahun tular di laman sosial selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Shahrul Ibrahim pada 9 Mac lalu.

Video tersebut sehingga kini mendapat tontonan lebih 110,000 kali dan dikongsi oleh 1,500 pengguna Facebook.

Komen Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *