BN kalah teruk, Najib kena letak jawatan, kata Mahathir

BN_KalahNampaknya Tun Mahathir masih sangat ingin berpolitik. Tun juga mendahului yang lain dalam politik. Belum apa-apa Tun dah menggesa Najib letak jawatan. Kalau kalah, Najib kena letak jawatan apa Tun, Ketua pembangkang atau Presiden UMno?

Mungkin Tun mengetahui BN akan kalah. Kalau tak kalah teruk pun, tentu akan kalah. Sebab itulah Tun membuat gesaan tersebut.

Seperti penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu berundur sekiranya gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya kata secara teorinya, jika beliau tidak melakukan dengan baik, sudah tentu kedudukannya tidak stabil,” kata bekas perdana menteri dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Menjawab soalan lain, Dr Mahathir enggan menamakan pihak yang patut menggantikan Najib sekiranya beliau berundur.“Saya tidak ada sebarang calon. Saya tidak jangkakan perkara ini akan berlaku… Saya hanya bercakap daripada segi teori,” kata Mahathir. – Bernama

Kalau sebelum ini Tun Mahathir menentang Pak Lah, menggesa Pak Lah melepaskan jawatan selepas kalah teruk 2008, itulah yang akan berlaku kepada Najib nanti, insyaalllah.

Rasanya Tun akan puas sekiranya Mukhriz Tun Mahathir menjadi seperti apa yang dikehendaki Tun. Selepas itu barulah Tun akan diam…

Komen Bernas Pembaca!

Pendapat Anda Pula?

Your email address will not be published. Required fields are marked *