Jawapan Dr Asri terhadap ‘bughah’ Harussani

Jawapan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin terhadap kenyataan bughah ‘sesat’ Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terhadap perserta perhimpunan TURUN di ambang 2014 lalu. Dihalalkan darah golongan bughah yang ditujukan kepada peserta himpunan tersebut.

..untuk semua agamawan di negara mana pun mereka berada patut ditanya: apakah ayat-ayat Tuhan ini hanya ditujukan kepada rakyat bawahan? Sementara golongan atasan –samada sultan ataupun menteri- ayat-ayat Tuhan tidak terkena mereka? rakyat sahajakah yang patut selalu diingat agar taat pemerintah?! Bukankah pemerintah lebih utama diingatkan agar takutkan Allah dalam pengurusan harta rakyat jelata..kedamaian negara terletak di tangan pemerintah bukan hanya di tangan rakyat..

..ada agamawan yang menghalalkan darah orang bawahan yang berkumpul secara aman tanpa senjata. Kononnya mereka itu bughah yang dihalalkan untuk bunuh. Padahal bughah adalah istilah yang mempunyai takrifan dan konteks yang tersendiri. Tidak dinamakan bughah yang boleh diperangi oleh pemerintah pada rakyat yang berkumpul tanpa senjata. ..apakah bughah rakyat yang masih membayar cukai dan mengikut pelbagai peraturan yang tetapkan oleh negara?

..kita boleh saja untuk tidak bersetuju dengan perhimpunan itu tapi apakah patut untuk dihalalkan darah rakyat awam yang menyertainya atas alasan selekeh sedemikian rupa?
..menghalalkan darah rakyat atas nama agama adalah satu jenayah yang sangat besar..sesiapa yang memanipulasi agama untuk kepentingan tertentu telah merosakkan nama Tuhan dan utusanNYA yang mulia.. – FB DrMaza

Lagi jawapan Dr Asri tentang kenyataan Dr Harusani.

..kenyataan Ybhgia S.S Tan Sri Harussani Zakaria tentang halal darah anak-anak muda yang menyertai TURUN tidak dapat kita setujui..ia berbahaya dan agak tersasar jauh..pun begitu tidak perlulah sesiapa menggunakan bahasa yang biadap terhadap beliau..hormatilah beliau sebagai seorang yang jauh lebih tua pada usianya..sebagai insan yang lama hidup pastinya ada jasanya di sana sini..kita tolak yang salah, tapi kita tetap santun ataupun sekurang-kurang menggunakan bahasa yang terhormat dan terpilih dalam menjawab beliau sebagai tanda kita insan bertamadun..masih ada ruang untuk beliau membetulkan kenyataan itu jika benar sedemikian rupa..ataupun membetulkan salahfaham yang barangkali dibuat oleh pihak yang melaporkan..kita doakan kebaikan untuk semua rakyat..kepada Allah kita serahkan segala urusan. – FB DrMaza

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *