SHARE

Husam Musa, Naib Presiden AMANAH mengakui anaknya yang ditahan bersama 200 pil kuda.

Husam menjelaskan beliau hanya mendapat tahu mengenai perkara itu melalui laporan Malaysiakini.

“Saya hanya mendapat tahu anak saya direman di Mahkamah Kota Bharu atas tuduhan memilik 200 biji pil kuda, jam 5.22 petang tadi (19 November 2017), apabila seseorang menghantar imej laporan Malaysiakini melalui WhatsApp.

“Sehingga kini, tiada pemakluman rasmi oleh polis dibuat kepada saya mengenai penahanan itu.

“Juga tiada pemakluman polis bahawa beliau akan dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman pagi tadi.

“Saya juga tidak diberitahu sehingga kini di mana anak saya ditahan,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya beliau hanya diberitahu oleh seorang jiran tempat anaknya ditahan sekumpulan lelaki petang semalam.

“Saya akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai isu ini selepas dapat menemui anak saya pada waktu terdekat diizinkan polis,” katanya.

Penahanan itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik.

Suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kota Bharu kira-kira pukul 3.30 petang tadi di hadapan sebuah rumah di Kampung Jelutong, Jalan Pasir Mas-Salor, Kota Bharu, Kelantan.

Artikel Berkaitan

1 KOMEN

  1. Nak buat macam mana, warak dan ilmu tak boleh diwarisi.
    Ini bukan kes anak borek bapak rintik, ini kes bapak terlalu sibuk dgn politik dan menjaga kepentingan ummah sampai terlupa pasal keluarga sendiri. Anak Husam pun bukan belum baligh. Dah 29 tahun, tanggonglah dosa sendiri.
    Lainlah kalau Husam bagi dia duit untuk beli pel kuda tu macam Najib bagi anak tiri dia buat filem porno ‘WOLF OF WALL STREET’ dan beli asset-asset mewah dia New York, Los Angeles dan London.
    Dengan tertangkapnya anak Husam ni, jelaslah Husam memang tak berduit macam anak-anak Haji Hadi, terpaksalah usaha sendiri.

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here