Home // Informasi // Himpunan Hijau :Warga Malaysia di New York Tetap Bersemangat

Himpunan Hijau :Warga Malaysia di New York Tetap Bersemangat

Hari ini Himpunan Hijau berjaya diadakan. Kemarahan rakyat kerana membantah Lynas bakal diterjemahkan pada PRU-13 nanti, itulah yang disebut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Perkembangan Lynas akan menggentarkan BN terutamanya di Kuantan. Selepas ini tiada sesiapa yang ingin menjadi calon BN di Parlimen Kuantan, yang terkena menjadi calon tentu akan menghantuk kepala ke dinding kerana marah, geram dicalonkan ke situ.

Haipunan kali ini lebih menarik kerana disertai pelbagai lapisan masyarakat yang begitu bersemangat membantah Lynas. Malah lebih 50 peratus disertai golongan muda 30 tahun ke bawah menyertai seperti yang disebut Dr Dzulkefly. Penyertaan masyarakat Cina ke Himpunan HIjau begitu meriah dan ia tetap akan lebih memeningkan kepala Najib.

Menariknya juga Himpunan Hijau 2.0 kali ini juga menarik penyertaan hingga ke New York. Mereka tetap membantah dari jauh. Dari jauh mereka tetap bersemangat. Ini kerana kesan radioaktif serta malapetaka dan bencana alam sekitar akan tetap ditanggung walaupun ia diwar-war dan diberi jaminan selamat!!

Ini kerana malapetaka dan kecuaian boleh berlaku dan kerajaan jangan terlalu yakin ia tidak berlaku, kerana kita tidak boleh menjamin segala-galanya.

Posted in Informasi and tagged as ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge