Hanya di Korea Selatan, Tidak di Malaysia!

Hanya dikaitkan dengan rasuah, Parlimen Korea Selatan memecat presiden mereka, diperkuatkan lagi dengan Mahkamah Perlembagaan juga mengekal keputusan tersebut.

Kalau di Malaysia dikaitkan dengan ‘super’ rasuah sekalipun sehingga terkenal ke serata dunia, yang disyaki masih seperti biasa begitu juga mereka yang di sekelilingnya. Tak merasai ianya suatu kesalahan!! Berita yang dipetik dari mStar;

Mahkamah Perlembagaan Korea Selatasn mengekalkan keputusan Sidang Parlimen negara itu untuk memecat Presiden Park Geun Hye yang dikaitkan dengan skandal rasuah.

Keputusan tersebut dicapai sebulat suara oleh lapan hakim yang bersetuju menyingkirkan Geun-hye, presiden wanita pertama negara itu, daripada jawatan tertinggi tersebut.

Malah Geun-hye juga menjadi Presiden Korea Selatan pertama yang dipecat, sekali gus bakal mengakhiri bantahan ribuan rakyat yang mengadakan demonstrasi untuk meminta beliau melepaskan jawatan.

Pilihan Raya Presiden perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari untuk mengisi kekosongan tersebut dan Perdana Menteri Hwang Kyo-ahn menjadi pemangku presiden serta akan menetapkan tarikh pengundian.

Keputusan untuk memecat Guen-hye diumumkan oleh Hakim Lee Jung-mi menerusi siaran langsung di televisyen.

Beliau perlu meninggalkan Rumah Biru, kediaman rasmi presiden Korea Selatan dan hilang semua imuniti eksekutif yang menghalang dia didakwa.

Geun-hye didapati melanggar undang-undang apabila membenarkan rakannya, Choi Soon-Sil mencampuri urusan negara dan mencabuli peraturan aktiviti perkhidmatan awam. – mStar

Komen Anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *