SHARE

GST_Senarai_BarangCukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan April nanti.

Antara barang yang akan turun harga – set televisyen, peti sejuk, pendingin hawa, seterika, pengering rambut, lampin dan minuman ringan. Ini kerana barangan ini kini dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 10 peratus dan akan digantikan dengan GST, 6 peratus.

Antara barang yang akan naik harga – komputer, komputer riba, iPad, telefon bimbit, jam tangan dan kosmetik, termasuk gincu dan pengilat kuku. Ini kerana barangan ini tidak dikenakan cukai sebelum ini.

Antara barangan yang kekal harga – ayam, daging lembu, daging kambing, ikan, itik, ikan, telur, ikan bilis, beras, roti, sayur-sayuran segar dan buah-buahan, minyak kelapa, minyak masak kacang tanah, minyak kelapa, susu bayi, petrol RON95, diesel, tol dan pengangkutan awam. Ini kerana barangan ini tidak dikenakan GST.

Antara barangan makanan bukan keperluan yang naik harga – sos tomato, sos cili, sos tiram, mi cawan, tempe, keju, marjerin, telur puyuh, minyak jagung, minyak zaitun, biskut, donat dan croissant coklat. GST 6 peratus akan dikenakan.

Ia dijelaskan oleh Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here