NeelofaSebelum ini pelakon dan pengacara televisyen terkenal, Neelofa digosip dengan kerabat diraja di sebuah negeri di Pantai Timur. Ada yang melaporkan digosip dengan Sultan Kelantan.

Sinar Harian semalam melaporkan Neelofa sendiri dikatakan malu dengan gosip tersebut.

Kini pihak istana sendiri membuat penjelasan mengatakan cerita itu hanyalah khabar angin semata-mata.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya spekulasi tersebut. Saya berharap tiada pihak yang akan terus menggembar-gemburkan cerita ini kerana ia tidak benar.

“Kalau cerita ini betul, pasti pihak istana akan mengeluarkan kenyataan bagi menerangkan kedudukan sebenar. Tetapi hingga sekarang tiada kenyataan dikeluarkan, bermakna cerita itu tidak benar,” kata sumber dalaman istana kepada Astro Awani.

Neelofa sendiri melalui Astro Awani juga berkata, dia tidak akan membuat sebarang kenyataan sehingga September depan untuk berlaku adil dengan pihak media lain.

Kalau Sultan berkenan apa salahnya, dah lama Sultan membujang!! Rakyat pun tertunggu-tunggu permaisurinya…

1 KOMEN

  1. Macam mana nak jadi Raja Perempuan Kelantan…dengan kaum kerabat sendiri pun sombong….jika nak dibandingkan dengan Al-Sultan…..jauh langit dengan bumi…..memang tak layak jadi Raja Perempuan kelantan…..

    Cari yang lain laa Tuanku….yang sesuai

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here