Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menerima anugerah darjah Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP), yang membawa gelaran Datuk Seri dan menganggap penganugerahan itu sebagai penghormatan besar untuk dirinya.

Penyanyi itu juga menganggap sebagai rezeki kandungannya yang kini memasuki usia lima bulan.

“Penghargaan diterima bukan untuk saya seorang, sebaliknya buat insan seni lain. Saya yakin setiap anggota masyarakat mempunyai sumbangan dan peranan tersendiri.

“Alhamdulillah, saya menerima gelaran ini selepas 21 tahun berada dalam bidang seni. Penghormatan ini mencatat sejarah tersendiri dalam kerjaya saya,” katanya dipetik BH Online.

Siti, 38, antara 101 penerima darjah kebesaran sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, di Pahang.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyempurnakan Istiadat pengurniaan itu.

Selain Siti, selebriti lain mendapat gelaran sama ialah Datuk Eizlan Yusof dan Datuk Maria Menado.

Pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra pula menerima Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Pereka fesyen, Jovian Mandangie, yang dianugerahkan Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here