SHARE

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2/2017 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam menyatakan penjawat awam yang mempunyai Gantian Cuti Rehat – GCR melebihi 150 hari, akan digunakan sebagai cuti rehat semasa tahun akhir perkhidmatan seperti yang dibentang dalam Bajet 2018.

Pegawai yang akan bersara perlu menghabis lebihan cuti GCR dalam tempoh 12 bulan sebelum bersara.

Bagi yang mempunyai GSR kurang 150 hari bayaran ‘award’ wang tunai adalah seperti biasa.

Melalui pembentangan Bajet 2018 sebelum ini juga, kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dinaikkan daripada 7 hari kepada 10 hari setahun.

Untuk muat turun Pekeliling 2/2017, sila klik Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2017.

Bagi penjawat awam, bolehlah membuat kira-kira baki tahun perkhidmatan dengan cuti yang ingin diambil setiap tahun.

Atau mungkin ingin diperam dahulu sehingga boleh menikmati cuti panjang pada tahun akhir perkhidmatan.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here