Sebelum ini isu seorang pegawai dan enam anggota polis Johor berhibur di sebuah pusat hiburan di Muar belumpun reda, kini timbul pula satu lagi isu baharu.

Menurut laporan Bernama, kali ini, seorang anggota polis dari unit ronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dilihat bermesraan dengan seorang gadis dipercayai pelacur dalam kejadian yang turut berlaku semalam di Segamat dekat sini.

Gambar anggota polis tersebut memegang tangan gadis terbabit yang berada di dalam kereta rondanya dan menjadi tular di laman sosial Facebook.

Gadis itu pula dilihat berpakaian seksi dengan hanya memakai seluar jean pendek dan singlet hitam.

1 KOMEN

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here