Gambar penceroboh yang maut dibelasah penduduk Semporna

Penceroboh_MautPenduduk Kampung Senallang Lama, Semporna membelasah sehingga mati penceroboh yang lengkap bersenjata M16. Ia disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. Gambar di atas dikatakan gambar penceroboh yang maut.

Menurut polis, lelaki 60-an tersebut berbangsa Sulu yang menyelinap masuk ke Kampung Senallang Lama melalui jalan pantai 5 pagi tadi.

Kira-kira 80 penduduk dijadikan tebusan dengan mengarahkan mereka berkumpul di kawasan lapang oleh lelaki tersebut. Tindakannya menyebabkan 20 pemuda kampung tersebut naik angin dan bertindak menyerang dan membelasahnya hingga mati.

Persoalannya, bagaimana tahap keselamatan di pengairan negara kita. Begitu mudah penceroboh menceroboh masuk.  Mungkin mereka juga secara mudah masuk ke Sabah sebelum ini tetapi tak dihebahkan dan dihiraukan sehinggalah insiden pencerobohan kali ini.

Kalau polis, mereka runding-runding dululah!!

Komen Bernas Pembaca!

Pendapat Anda Pula?

Your email address will not be published. Required fields are marked *