Dua gambar masing-masing menunjukkan 2 menteri kabinet Indonesia terbaring di atas kerusi di lapangan terbang, kini menjadi perbualan ramai di negara itu.

Satu daripadanya menunjukkan Menteri Kelautan dan Perikanan, Susi Pudjiastuti nyenyak tidur di atas sebuah sofa di balai menunggu VIP di Lapangan Terbang John F Kennedy, New York.

Susulan itu, satu lagi gambar muncul menunjukkan Menteri Sosial Khofifah Indar Parawansa tertidur di atas sebuah kerusi di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya.

“Pesawatnya masih lama, Ibu Khofifah ‘nyuri waktu’ buat tidur,” kata salah satu kakitangan kementerian, Joko Haryanto, yang memuat naik gambar itu di Instagramnya.

Sebelum itu, gambar Susi terbaring di New York menjadi tular dan mengundang pujian ramai.

Susi ke New York untuk menghadiri persidangan maritim anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di mana beliau turut menerima pujian bintang Hollywood Leonardo DiCaprio atas usahanya membanteras perikanan haram dan melindungi khazanah laut.

“Tetap sehat dan jangan putus asa mengurus negara yang hampir dihancurkan oleh perasuah ini Ibu Susi,” tulis pengguna Facebook Jim B Aditya yang memuat naik gambar Susi. – Free Malaysia Today

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here