Gaji penjawat awam dibayar 2 kali sebulan?? Dakwaan kerajaan bakal melaksanakan amalan pembayaran gaji dua kali sebulan secara rintis kepada penjawat awam dalam tempoh terdekat adalah tidak benar.

Kementerian Kewangan Malaysia dalam kemaskini di laman Twitter berkata, maklumat itu yang tular di laman sosial membabitkan pelaksanaan rintis yang diumum oleh Kementerian Kewangan Brunei, melibatkan penjawat awam di negara itu.

“Kementerian Kewangan Malaysia ingin memaklumkan bahawa isu yang menular di media sosial berkenaan Pembayaran Gaji 2 Kali Sebulan Secara Rintis adalah palsu.

“Taklimat tersebut adalah daripada pihak Kementerian Kewangan Brunei Darussalam,” demikian menurut kementerian kewangan melalui laman Twitter.

Semalam portal Mynewshub membuat laporan ‘secara eksklusif’ bahawa gaji penjawat awam dijangka akan mengamalkan langkah pembayaran gaji dua kali sebulan dalam masa terdekat. Ia sebagai langkah itu perlu bagi membantu penjawat awam menguruskan perbelanjaan harian individu dan aliran tunai isi rumah.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here