SHARE

Mulai 2018, mereka yang berpendapatan bulanan lebih RM3,100 dikenakan cukai susulan keputusan pengurangan dua mata peratusan bagi kadar cukai pendapatan individu pemastautin.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata, perubahan kadar cukai itu memberi implikasi terhadap tahap pendapatan mula dikenakan potongan cukai berjadual (PCB) yang sebelum ini bermula pada kadar RM2,851.

Menurut beliau yang dipetik BH Online, pengurangan daripada lima peratus kepada tiga peratus itu berupaya meringankan bebanan rakyat.

Memberi contoh pengurangan itu, beliau berkata, pembayar cukai yang berkahwin dan mempunyai tiga anak dengan pendapatan boleh cukai yang sebelum ini bermula RM4,351 akan ditingkatkan sehingga RM4,496.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Kewangan (No 2) 2017 di Dewan Rakyat hari ini.

Othman berkata, hanya 2.27 juta daripada 14.6 juta tenaga buruh yang direkodkan sehingga tahun lalu membayar cukai pendapatan individu.

Terdapat 12.2 juta pekerja yang mempunyai rekod di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hanya 6.9 juta fail aktif dan daripada jumlah itu, hanya 2.27 juta yang membayar cukai pendapatan.

Artikel Berkaitan

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here