Roti_Jala_Kuah_KariPengerusi Pengerusi Jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO, Dr. Fathul Bari Mat Jahya kelihatannya menyokong Ustaz Kazim Elias berkaitan polemik “roti jala dicelup kuah kari”.

Katanya pertelingkahan yang berlaku bukan jalan penyelesaian terbaik, malah ia merugikan dakwah dan mencetuskan perbalahan.

“Sekiranya keadaan ini berterusan, fenomena taksub kepada aliran pemikiran tertentu bakal menjadi hujah kerana ia bukan lagi merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah yang sesuai dengan petunjuk salaful ummah. Alangkah baiknya jika ada pertemuan empat mata sebelum sebarang surat dikeluarkan.

“Saya sendiri lebih selesa jika teguran diberikan secara langsung kepada saya. Sudah pasti kemanisan ukhuwah terasa. Apatah lagi mereka merupakan tokoh agama yang sangat popular. Impaknya tentu lebih besar,” katanya di laman Facebook miliknya yang dipetik The Rakyat Post hari ini.

Fathul Bari berkata, di kalangan yang ingin menegur biarlah mengkaji, memeriksa juga bertanya terlebih dahulu. Demikian juga, bagi yang mendengar teguran yang diharap dapat menerima dengan hati terbuka sekiranya teguran tersebut membina.

Beliau juga membidas sikap pihak yang menyebarkan surat rasmi tersebut.

“Bagi yang terawal menyebar surat tersebut, kalian adalah batu api perpecahan. Alangkah baiknya kalian menjadi pendamai antara dua tokoh agama yang berselisih. Bukan pencetus kepada perbalahan yang tiada berkesudahan ini,” ujarnya.

BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here